Rahsia Kejayaan Tokoh Jutawan Islam Abdul Rahman Bin Auf Beliau dikenali sebagai Ahli Perniagaan Terkaya dengan banyak kejayaan pada zaman Rasulullah SAW dan pernah ditawarkan dengan harta kekayaan dan seorang isteri tetapi menolaknya dan hanya ingin tahu jalan ke pasar, dia adalah Abdul Rahman Bin Auf. Di zaman moden ini kita seringkali terdengar ramai orang yang berniaga tidak mempunyai kesempatan untuk menunaikan solat dan kewajipan lain yang dituntut oleh agama islam, namun sahabat Nabi Muhammad SAW berjaya menunjukkan contoh agar tidak lalai dalam berniaga dan masih boleh menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah SWT. Kami sempat mengkaji serba sedikit rahsia kejayaan yang diamalkan oleh Abdul Rahman Bin Auf. 1. Syukur walau untung sedikit Walaupun untung sedikit, tetapi kita kena bersyukur dengan rezeki yang Allah beri meskipun tidak mencapai target kejayaan yang kita inginkan. Rezeki bukan datang dalam nilai keuntungan, tetapi dalam pelbagai cara. Pastikan janga
Solusi Minda Jutawan Abdul Rahman Bin Auf (RA).